rumahku syurgaku
Nak suasana bilik di asrama seperti di rumah???
1. Tukar kedudukan katil
Ini sesuai bagi mereka yang punya ruang luas. Tidak semestinya katil perlu disandarkan pada dinding.Letakkan katil pada sudut berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.2. Tukar frame atau susunan gambar
Bagi yang kreatif, bolehlah mencuba menukar frame gambar sedia ada kepada sesuatu yang up-to-date.Selain itu, boleh juga menukar susunan gambar agar ada kelainan dalam suasana bilik tidur.
ini contoh DIY yang boleh anda cuba
3. Guna hiasan fabrik
Jika dinding bilik kosong, serikan dengan menggantung hiasan dinding dengan bahan sedia ada seperti kain langsir yang lembut, shawl atau tapestries di satu sudut.Biasanya tapestries ini mempunyai latar belakang dengan rekaan motif yang berwarna-warni lagi meriah. Anda juga boleh menambahkan lampu kepadanya dan memberi efek sangat istimewa!
Ini akan mengindahkan lagi bilik tidur yang suram.
4. Ganti karpet
Kehadiran karpet baru atau aksesori juga boleh menceriakan bilik tidur yang kosong apatah lagi jika ia mempunyai rona yang terang.Gunakan panduan di bawah untuk memastikan bilik tidur nampak kemas.
Tapi ia tidak bermakna anda perlu ganti perabot setiap bulan atau tahun. Bergantung pada kegunaannya dan bajet yang ada.
5. Tambahkan ‘warna’
Kertas hadiah, kertas dinding atau wall sticker boleh digunakan untuk menceriakan bilik tidur yang kosong.Tidak semestinya dilekatkan pada dinding, jadi kreatif dengan menggunakan bahan-bahan ini pada pintu, rak mahupun almari.Hasilnya, pasti memukau!
6. Guna cadar dan sarung bantal yang ceria
Elak guna cadar yang kosong atau tanpa corak kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan.Jika ingin hidupkan suasana dalam bilik tidur, elok guna cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik.
Comments
Post a Comment