Bila nak kaya ?
Siapa tak nak kaya? Ada ke orang nak hidup dalam keadaan yang susah . Siapa yang sanggup makan pagi kais pagi, makan petang kais petang ? Kebanyakan pelajar sekarang habis duit sebab makan . Maklumlah, makanan sekarang mahal ! Air kosong pun boleh jual dengan harga RM1. Jadinya, saya sangat memahami realiti kehidupan seorang pelajar sebab saya pun seorang pelajar. Harapnya tips yang saya kongsikan ini bolehlah kita amalkan beersama-sama .
1: Pergi kelas
1: Pergi kelas
Masuk kolej atau universiti bukannya percuma. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya yuran yang anda bayar itu berbaloi untuk kejayaan kita. Malah mungkin ini merupakan pelaburan terbaik . Sibukkan diri dengan pelajaran dari asyik memikir tentang perkara yang tak membuahkan hasil.
2: Gunakan perpustakaan sepenuhnya
Belajar di universiti memerlukan bahan rujukan yang banyak. Setiap subjek memerlukan bahan rujukan yang berlainan. Oleh itu gunakan perpustakaan sepenuhnya untuk meminjam buku-buku rujukan tersebut. Tidak berbaloi untuk anda membeli kesemua buku-buku rujukan itu kerana kebanyakan buku tersebut hanya digunakan untuk 1 atau 2 semesta sahaja.Janganlah kita risau, apa yang dicari pasti akan kita temui.
3: Pinjam buku rujukan
Jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang telah habis belajar tetapi mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, meminjam daripada mereka adalah cara yang bijak untuk berjimat. Jangan terlalu angkuh kerana dengan membeli yang baru sedangkan ilmu yang terkandung dalam buku tersebut tidak pernah berkurang.Sekiranya ada pelajar yang lebih memilih untuk membeli yang bru itu merupakan sikap orang yang tidak berfikir panjang.
4: Jangan “Couple”
4: Jangan “Couple”
Ok. Cara yang ke 4 ni mungkin kurang digemari oleh ramai pelajar kerana ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk mencari pasangan masing-masing semasa belajar. Berpacaran menyebabkan kita selalu keluar bersama dan menghabiskan duit kepada hiburan yang tidak perlu seperti tengok wayang dan sebagainya. Berpacaran juga menyebabkan bil penggunaan telefon bimbit meningkat. Jadi jika nak berjimat, jangan berpacaran atau pilih pasangan yang ‘low maintainance’.
5: Gunakan pengangkutan disediakan
Banyak universiti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar-pelajar ke kelas. Gunakan perkhidmatan ini sepenuhnya kerana ini amat membantu pelajar untuk berjimat. Tetapi kekurangannya adalah anda mungkin perlu keluar awal untuk menunggu bas dan perlu bersesak-sesak di dalam bas.
6: Gunakan kad pelajar
Terdapat kedai-kedai buku dan alat tulis yang memberikan potongan istimewa untuk pelajar universiti. Gunakan kad pelajar anda semasa membuat pembelian buku atau alat tulis.
7: Duduk di asrama
Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya yang aktif di universiti. Libatkan diri dalam kegiatan -kegiatan di universiti seperti kokurikulum, persatuan dan lain-lain untuk membolehkan anda berpeluang untuk terus duduk di asrama.
9: Jangan merokok atau vape
Isu ini sememang ditujukan kepada kaum lelaki. Akan tetapi,zaman sekarang kaum wanita juga ada yang memilih untuk merokok. Merokok sentiasa memberikan impak yang negatif sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan. Sebagai seorang pelajar, baik anda simpan semua duit yang anda terfikir untuk gunakan untuk membeli rokok itu. Dan ketika anda sudah tamat belajar, anda mungkin sudah ada simpanan yang cukup untuk perancangan anda yang seterusnya. Sama ada rancangan untuk berkeluarga atau untuk mulakan bisnes anda sendiri.
10: Cuci baju sendiri
Baju pelajar biasanya tidak banyak dan pelajar mempunyai masa yang banyak terluang terutamanya di hujung minggu. Basuh baju anda sendiri dan elakkan dari menghantar baju ke dobi atau menggunakan mesin pencuci berbayar.
11: Kongsi peralatan belajar
Terdapat alatan atau perkakasan belajar yang boleh dikongsi antara pelajar. Sebagai contohnya adalah mesin pencetak. Jika anda duduk di dalam satu rumah yang mempunyai 5 orang pelajar, kongsi antara 5 orang untuk beli hanya satu mesin pencetak.
Semoga apa yang dikongsi berguna buat semua pembacanya. Lets read it and do it!!
Semoga apa yang dikongsi berguna buat semua pembacanya. Lets read it and do it!!
Comments
Post a Comment